BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Tuesday, January 10, 2012

::~hati hak bersuara~::

Awk,Maafkan saya kerana terpaksa memendam rasa ini.  Awk  tahu,Ianya bukanlah sesuatu yang mudah.Tapi saya harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini.  Awk , kadang-kadang saya rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura. Awk  tahu, Ianya amat sukar untuk tersenyum seolah-olah saya redha dengan semuanya. Tetapi saya harus terus melawan rasa yang ada dihati ini.Saya bukan yang sempurna. Saya juga bukan yang menjadi pilihan utama. Tapi  Awk , saya akan sentiasa ada untuk memastikan kamu bahagia. Biarpun kehadiran serta kewujudan saya tidak nampak di mata kamu. Tapi saya senang andai  Awk  bisa terus tersenyum. Awk , Saya tidak suka melihat kerutan di dahi  Awk . Serius, ianya tidak sesuai untuk Awk. Saya akan runsing bila Awk jadi begitu. Seandainya saya bisa memberikan senyuman saya di wajah  Awk .Awk,Saya harap saya dapat menemui seseorang yang akan buatkan saya lupa tentang  Awk . Kerana  Awk  juga dah ada pengganti dia. Saya senang bila  Awk  boleh kembali tersenyum, Biarpun yang menjadi punca senyuman  Awk  adalah seseorang yang lain. Saya faham dan memahami kenapa  Awk  memilih dia. Kerana kehadiran dia lebih bermakna pada Awk .Seperti  Awk  menyayangi dia, seperti saya menyayangi  Awk . Bezanya, dia juga menyayangi  Awk . Tapi saya, hanya saya, diri saya, dunia saya. Yang menyayangi Awk.Tidak di dunia kamu.Saya sedih sangat  Awk . Tapi saya tak boleh turutkan hati saya untuk terus bersedih. Saya kena faham. Dan saya kena teruskan melangkah agar saya tak terus memikirkan bahawa di dunia ini, lelaki cuma hanya ada  Awk  seorang sahaja. Saya kena bukakan mata saya ini untuk orang lain. Paling penting saya perlukan untuk ruang dihati saya untuk seseorang yang lain jugak. Saya kena belajar menghargai.Kata teman saya, Saya perlu lupakan orang itu sekiranya dia tidak tahu menghargai saya. Saya tahu.  Awk  bukan tidak menghargai saya.Cuma kamu tiada apa-apa perasaan pada saya, Sebab itu  Awk  tidak ambil kisah tentang kewujudan saya. Awk , Maafkan saya sekiranya suatu hari nanti saya tidak mampu teruskan memendam rasa ini untuk  Awk .Saya tak nak terus berharap kerana saya bimbang saya akan terus kecewa.Tapi sebelum saya jadi begitu.Saya harap  Awk  akan mengetahui, betapa pentingnya  Awk  dalam hidup saya.Cuma saya harap saya masih bisa untuk terus mendengar nyanyian  Awk  kerana dengan cara itu sahaja ia dapat mengubati rasa rindu ini. Awk .  Awk  dan  Awk . Semoga  Awk  menemui kebahagiaan  Awk .Semoga sahaja saya juga terus tabah dan menemui kebahagiaan saya itu. Saya pasti mendoakan Awk dan dia Merupakan seorang yang sangat ringkas dan sederhana. .Aku Rindukan Kamu Yang Dulu.....