BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Thursday, February 23, 2012

!!~susahnya nak jadi solehah~!!

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang .


Assalamu'alaikum warahmatullah li jami'an , alhamdulillah , masih bernafas lagi kita semua hari ini , saat dan ketika ini . Alhamdulillah , sesungguhnya tidak akan terbayar harga nikmat yang telah Allah limpah ruahkan pada kita semua . Namun adakah kita sentiasa luahkan rasa syukur kepadaNya ? Kadang-kadang rasa menyesal pun ada , sebab rasanya ana ni lebih banyak tak bersyukur dari bersyukur . Na'udzubillah . Entum pula bagaimana ?


Berkisar dengan tajuk di atas , ana jadi sebak tiba-tiba . Ana mengimpikan si soleh , bahkan entunna semua juga ana rasa mengimpikan matlamat yang sama . Sesungguhnya kita semua tahu , andai si soleh yang menjadi idaman , haruslah kita menjadi solehah dahulu . Namun bila difikir kembali , aduh , susahnya nak jadi solehah ... Apa sebenarnya cara nak jadi solehah pun ana kurang pasti sebenarnya .


Kalau ikut dari segi pemakaian , entahlah . Ana tak tahu pulak ke'soleh'an seseorang tu boleh diukur dengan pemakaian . Tapi ana yakin , ramai orang kat luar sana yang mengukur ke'soleh'an atau tahap kebaikan seseorang tu melalui pemakaian mereka . Memang ana akui , pada hakikatnya tak semua yang berperwatakan soleh/solehah itu sebenarnya soleh/solehah , tapi sedikit sebanyak ana yakin , mereka juga sebenarnya nak jadi baik , sebaik penampilan mereka . Tapi kita sebenarnya tak boleh menganggap orang yang berperwatakan begini sempurna umpama malaikat yang tidak turun naik imannya . Konsisten . Tak pernah buat salah , dan sentiasa buat baik . Tidak . Ana juga begitu . Inilah jawapan kepada persoalan ; orang yamg nampak alim/baik atau orang yang pakai tudung labuh/berkopiah tu pun belum tentu baik .


Yes . Because we're not perfect . We are just a normal human being .


Sebab tu lah ana selalu ingatkan diri sendiri , supaya jaga sikap , jaga tingkah laku , supaya saudara saudara lain yang turut membawa penampilan yang sama tidak terkena tempiasnya . Selalu sangat jadi macam ni . Orang lain yang buat , orang lain dapat nama . Memang lumrah . Seorang perempuan buat salah , semua kaum wanita dapat nama . Sama macam kes tadi . Jadinya , dont be too selfish . Think about others . Jagalah nama baik semua , supaya Allah jaga nama baik kita . InsyaAllah , kalau tak di dunia , di akhirat sana adalah pasti .


Dah jauh ke ana tersasar ni ? Hmm tak kisahlah ke laut atau ke gunung , janji entum semua dapat sesuatu di sini .


Ana nak sambung lagi . Dengan apa lagi tahap kesolehan diukur ye ? Pada pemerhatian ana , ada juga sesetengah orang letak kayu ukur tu pada panggilan yang digunakan . Penggunaan ana-enti-enta . Hmm kadang rasa macam nak tergelak pun ada . Siapa yang kata orang yang guna ana-enti-enta ni alim ? Baik ? Sempurna ? Bagi ana sendiri , yang menggunakan panggilan ni , adalah supaya tidak ada ruang ke'tidakformalan' berlaku bila ana berurusan dengan ikhwan . Begitu juga pada ikhwan yang menggunakan panggilan ini . Menjaga ikhtilat antara mereka dengan akhowat lain . Kalau yang ada niat lain tu , Allahua'alam . Ana bukan sesiapa untuk menentukan apa-apa .


Jadi , macamana sebenarnya nak jadi soleh/solehah ni ? Memandangkan ana adalah muslimah , jadi banyak antara yang ana nak sebutkan ni lebih banyak berkait dengan muslimat . Tapi insyaAllah muslimin yang bijak mesti boleh alter sikit-sikit ... Hmm kalau nak share sikit-sikit boleh laa sebab ana bukannya arif sangat .. Macam selalu ... ^^


Senang je key of success untuk jadi solehah , hablum minaAllah wa hablum minannas . Jaga hubungan dengan  Allah dan juga manusia . Ramai orang yang cukup jaga hubungan dengan Allah , pagi petang siang malam tonggang terbalik beribadah , tapi sayang kita terlupa untuk jaga hubungan sesama manusia . Being good is blatantly from every single angle and aspect . Penat je buat ibadah fardu dan sunat , tapi dalam masa yang sama , mulut laju je mengumpat orang . Maki hamun orang . Mengeluh bila orang lain menegur . Melwan bila mak ayah atau orang lebih tua beri nasihat . Dah cukup ke solehahnya ?


Next . Amanat kekasih kita ; Rasulullah S.A.W ; Al-Qur'an dan sunnah . Sedalam mana , dan sekukuh mana dua perkara penting ini terpahat dalam hati kita ? Sebanyak mana ia diamalkan dalam kehidupan seharian kita ? Kalau ia dikaji sebaiknya , sebenarnya ia merangkumi seluruh perkara yang ada kat alam semesta ni (hiperbola kah ?) . Mana taknya , semua perkara dah termaktub di dalamnya . Apa yang kena buat , apa yang tak boleh buat , semua ada . Kita je yang malas nak ambil tahu . Kalau tahu pun selalu buat tak tahu . Jadi macamana ni nak jadi solehah ? Jawapannya sangat sangat mudah . Ikutlah apa yang dah disuruh dalam Al-Qur'an dan sunnah . Jadikan ia sebagai panduan .


Nak Allah bantu kita , mintalah dengan berdo'a .
Selalulah ingat Allah dalam APA JUA yang kita buat .


Sikit tips buat semua .


Macamana nak ingat Allah dalam semua perkara ?
Senang .
Apa-apa kita buat , semua kaitkan dengan Allah .


Orang buat jahat kat kita , ingatlah Allah akan balas jugak kat dia . Jadi kita cuma perlu sabar . Balas je dengan kebaikan . Kan Al-Qur'an dah cakap ?


Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik . Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan ." (Al-Mukminun; 96)

Orang maki hamun kita , kita senyum je balik . Walau dalam hati Allah je yang tahu . Ingatlah , Allah Maha Mengetahui .


Senang betul cakap kan ? Tapi ana akui , susah nak apply . ^^ Tapi itulah tipsnya .


Ni tips nak jadi solehah . Tapi ada jugak halangan-halangannya . Halangan nak jadi solehah . Banyak memang sangat banyak . Toksah cerita la banyaknya . Tapi kan Allah dah janji , setiap hambaNya akan diuji ?


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman , sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) , nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta ."
(Al-Ankabut: 2-3)

Sememangnya ujian dan dugaan bagi para solihin adalah extra sikit dari orang lain . Analogi mudah ; orang yang pangkat tinggi , gaji dia pun tinggilah sikit dari orang lain . Itulah jawapan kepada persoalan sahabat-sahabiyyah semua , mengapa Allah sering menguji kita , walhal kita dah cuba sedaya upaya nak jadi baik , atau dengan kata alain dah cuba nak jadi soleh wa solehah ? Mestilah Allah uji entum , sebab Allah nak mudahkan jalan entum mencari cinta dan redhaNya ^^ Bila Allah uji kita , bermakna ujian itu sebagai kafarah bagi dosa-dosa kita ... Means Allah nak kurangkan timbangan dosa , supaya timbangan pahala jadi lebih berat ^^

Ana terinigin nak jadi kuat . Kuat bukan physically , but mentally , internally . Kuat bilamana apa yang manusia buat pada kita , kita cuma tersenyum , redha dan tabah mengharungi . Yakin dengan janjiNya . Sentiasa ingat padaNya saat ditmpa musibah . Tak resah bila diuji dengan sikap manusia .

Pernah tak entum lihat atau jumpa orang yang macam ni ? Orang yang tersenyum saat orang lain melenting ? Means bila si A ditipu misalnya , si A ni apa lagi , merapu rapan , memaki hamun orang yang menipu dia . Tapi si B pulak , bila orang tipu dia , dia cuma tersenyum , kerana yakin akan janji Allah . Ana nak jadi macam si B . Entum pulak ? ^^

Na'am , bukan senang nak jadi solehah . Bukan senang nak jadi soleh . Mehnahnya banyak . Level ujiannya tinggi . Kita perlu iman yang kuat , rohani yang kental untuk tempuhinya . Bagaimana nak jadi kuat ? Bina dari bawah . Amalan sunnat cuba sebatikan dengan diri . Lebih-lebih lagi solat malam . Salah satu kebaikan solat malam atau qiamullail adalah untuk kuatkan iman . Lagi , puasa sunnat . Puasa pulak untuk tundukkan nafsu . Agar kita yang menguasai nafsu , dan bukan sebalikya . Jadi bila kita dah kuasai nafsu , kita buat apa pun , akal akan mendahului .

Bentuk ujian lain , bilamana maksiat atau sesuatu kemungkaran berlaku depan mata kita , tapi kita tak mampu unutk mencegah , yakni menghalangnya . Rasa sedih sangat . Kerana hanya mampu melihat . Hanya mampu mencegah dengan hati . Orang kata kalau dengar orang mengumpat , setidak-tidaknya kita beredar dari situ . But what if , we NEED to be there anyhow ? Susah kan ? Nak nak pulak yang sedang mengumpat tu orang yang lebih tua dari kita . Mesti ada yang cakap , tegur je lah . Cakap memang senang , tapi nak buat tu memang susah .

Sebelum ana berhenti membuat karangan 500 muka surat ni , ana nak ingatkan , terutama diri ana sendiri . Memang benar kita perlu jaga hubungan sesama manusia . Tapi , ikhtilat jangan lupa . Inilah yang sering kita pandang enteng . Kononnya atas urusan kerja . KONONnya .

ELAKKAN .

Jangan biar nafsu kawal kita . Jangan benarkan nafsu menang . Sebab dia akan selalu bisikkan " Tak apa , ini penting . Urusan kerja ." Mula-mula kita akan ada rasa malu , tapi lama-kelamaan , bila dah sebati dengan jiwa , yang tak boleh kita akan rasa boleh . Yang dosa kita akan rasa biasa . Jadi , jangan biarkan kita jadi biasa . Ana juga sedang melaui proses yang sama . Proses mengatakan tidak . ^^

Manusia ada rasa rindu , juga ada rasa sayang . Bagi ikhwan , sahabat-sahabat sentiasa ada untuk dirindui . Sentiasa ada untuk disayangi . Bagi akhowat , sahabiyyah juga sentiasa di sisi . Sayangilah mereka , rinduilah mereka . Nescaya insyaAllah , Allah juga akan sayang . Kerana ana juga sedang merindui sahabiyyah -sahabiyyah ana saat ini ^^

No comments: